a)Garis nombor
Turutan kereta api
Kami telah menghasilkan satu resos Matematik yang
mana digunakan untuk mengajar topik turutan menaik dan menurun bagi Tahun 2.
Resos ini telah dinamakan “Turutan Keretaapi” memandangkan
kami menggunakan
model kereta api sebagai landasan kepada susunan nombor-nombor yang
diberikan. Konsep awal yang menjadi
tunjang kepada binaan model ini adalah garisan nombor.
Bahan-bahan yang telah digunakan dalam menghasilkan resos
ini ialah:
1. Kertas warna dan
kertas A4
2. Sekeping
Mounting Board
3. Gam dan Gunting
Proses membina resos ini terbahagi kepada dua proses iaitu
proses membina garisan nombor dan membuat kad-kad nombor. Dalam proses membina
garisan nombor, kami menggunakan pendekatan yang mana menjadikan garisan nombor
itu lebih menarik jika dibandingkan dengan garisan nombor yang biasa dilihat
oleh murid. Oleh hal yang demikian, kami menambahkan daya tarikan pada garis
nombor tersebut dengan menjadikan gerabak kereta api sebagai tempat dan ruang
bagi nombor-nombor yang terdapat dalam garis nombor. Selain daripada daya penarik, ia juga
bertujuan memudahkan kefahaman konsep turutan menaik dan menurun. Seperti
kebiasaan, murid sudah sedia maklum mengenai pergerakan kereta api sama ada
bergerak ke hadapan ataupun mengundur ke belakang. Oleh itu, samalah juga
apabila ia diaplikasikan ke dalam konsep turutan nombor menaik dan menurun
iaitu menaik bersamaan juga dengan pergerakan kereta api ke hadapan dan menurun
sama juga dengan pergerakan kereta api mengundur ke belakang. Apabila murid mulai faham dan jelas mengenai
perbezaan konsep menurun dan menaik ini, barulah guru dapat menggunakan garis
nombor ini mengikut keselesaan masing-masing.Seterusnya, pembinaan kad-kad
nombor adalah seperti biasa di mana kad nombor yang disediakan haruslah
mempunyai set-set yang tersendiri. Set-set nombor tersebut haruslah mengikut
susunan ataupun mengikut skala yang sama.
Kegunaan resos ini adalah untuk mengajar murid berkaitan
topik turutan menaik dan menurun dalam susunan nombor untuk pelbagai angka
digit. Resos ini boleh digunakan oleh kedua-dua pihak sama ada guru untuk
melakukan demonstrasi ataupun murid iaitu mereka boleh menggunakannya tanpa
kawalan guru. Contohnya, apabila murid sudah menguasai susunan nombor ini,
mereka boleh bermain teka-teki di dalam kelas secar beramai-ramai.Selain itu
juga, resos ini boleh digunakan untuk mengajar kemahiran menambah atau menolak
secara berkala atau secara konsisten. Resos ini tidak memerlukan modal yang
besar untuk menghasilkannya kerana ia hanya menggunakan beberapa kertas warna
dan juga sekeping mounting board sahaja. Di samping itu juga, resos ini mudah
dibawa ke mana-mana tanpa memerlukan beban yang berat memandangkan ia hanya
diperbuat daripada kertas.
b)Blok Dienes
Tujuan :
Membantu murid memahami konsep nilai tempat serta menguasai kemahiran menambah dan menolak
Konsep dan Kemahiran :
Konsep dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid adalah seperti yang berikut:
a) Konsep
· Nilai nombor kurang daripada 1000.
· Nilai tempat, iaitu ratus, puluh, dan sa.
· Operasi tambah dan tolak.
b) Kemahiran
· Menentukan nilai nombor kurang daripada 1000.
· Menentukan nilai tempat, iaitu ratus, puluh, dan sa.
· Melakukan operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 1000.
Kumpulan Sasaran :
Murid Tahap 1
Bahan-bahan diperlukan :
I. Bod jerami (straw board) licin (2-3mm tebal)
II. Pen penanda
Cara Pembinaan Bahan :
1. Dengan menggunakan bod jerami, lukis bentuk sa, puluh, dan ratus secara berkadaran.

2. Potong bod jerami mengikut bentuk yang dilukis.
3. Sediakan 40 keping bagi setiap bentuk.
Penggunaan Bahan :
Blok Dienes boleh digunakan untuk membantu murid memahami konsep dan menguasai kemahiran yang berikut :
a) Menentukan nilai nombor dan nilai tempat

b) Melakukan operasi tambah tanpa mengumpul semula
c) Melakukan operasi tambah dengan mengumpul semula
d) Melakukan operasi tolak tanpa mengumpul semula
e) Melakukan operasi tolak dengan mengumpul semula
c) Petak Seratus
Tujuan :
Membantu murid memahami konsep dan menguasai kemahiran menukar pecahan yang penyebutnya 2, 4, 5, dan 10 kepada peratus.
Kumpulan Sasaran :
Murid Tahap 2 (Tahun 6)
Bahan-bahan diperlukan :
I. Bod lekap (100 cm x 100 cm)
II. Plastik pembalut buku
Cara Pembinaan Bahan :
1. Sediakan petak seratus 10 x 10 dan petak seratus 5 x 20 dengan menggunakan bod lekap. Ukuran setiap petak kecil (grid) ialah 5 cm x 5 cm.

1. Pasangkan tali pada petak seratus supaya mudah digantung pada dinding.
Catatan :
Untuk kegunaan murid, sediakan petak seratus 10 x 10 dan petak seratus 5 x 20 yang dibuat pada kertas biasa. Saiz grid yang dicadangkan ialah 1 cm x 1cm
Catatan :
Untuk kegunaan murid, sediakan petak seratus 10 x 10 dan petak seratus 5 x 20 yang dibuat pada kertas biasa. Saiz grid yang dicadangkan ialah 1 cm x 1cm
Penggunaan Bahan :
Petak seratus boleh digunakan untuk membantu murid memahami konsep dan menguasai kemahiran menukar pecahan kepada peratus.
Petak seratus boleh digunakan untuk membantu murid memahami konsep dan menguasai kemahiran menukar pecahan kepada peratus.
Jelas sekali jika kita lihat daripada penggunaan bahan-bahan resos seperti yang ditunjukkan di atas, setiap bahan-bahan resos mempunyai keunikan dan cara penggunaannya yang tersendiri. Antara perkara yang guru perlu peka di dalam penggunaan bahan bantu mengajar adalah guru harus peka tentang menyediakan jenis-jenis alatan yang sesuai dengan isi kandungan pelajaran yang hendak disampaikan dan guru harus arif dan perpengetahuan untuk mengendalikan alat bantu mengajar tersebut agar pengajaran dan pembelajaran tidak membuang masa dan sia-sia. Alat-alat bantu mengajar tersebut juga harus sentiasa berada di dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya serta cekap mempersuaikan keperluan murid dan masa yang diperuntukkan.
Berdasarkan penyataan-penyataan dan contoh-contoh penggunaan bahan resos di dalam pengajaran di atas jelas sekali menunjukkan bahawa penggunaan resos memainkan peranan yang penting di dalam mencapai kejayaan di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Justeru itu pihak pentadbir terutamanya di sekolah harus memberi sokongan sepenuhnya dalam pelaksanaan pelbagai kaedah yang memusatkan murid serta membantu mengatasi masalah pengurusan bilik darjah seperti mengadakan bilik khas untuk Matematik dan sebagainya. Manakala para guru pula perlu mempertingkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid berasaskan kaedah kolaboratif, kooperatif dan fahaman konstruktivisme. Selain itu, guru juga harus memupuk sikap ingin memcuba khususnya penggunaan kaedah serta bahan-bahan bantu mengajar yang pelbagai dan dapat mengambil kira pelbagai kecerdasan pelajar dan gaya pembelajaran yang berbeza.
Sesungguhnya bahan-bahan resos ini bukan sahaja berguna kepada kita sebagai seorang guru tetapi impaknya juga besar kepada para pelajar.Sehubungan dengan itu saya kira perbincangan mengenai isu sajauh manakah penggunaan resos ini dapat mengukuh dan menghasilkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berkesan sudah terjawab dan kini menjadi tanggungjawab kita semua untuk terus mempertingkatkan kemahiran diri terutamanya di dalam penggunaan bahan-bahan resos ini agar dapat terus meningkatkan kualiti pengajaran seterusnya mencapai matlamat misi kementerian pendidikan Malaysia iaitu untuk membangunkan satu sistem pendidikan yang bertaraf dunia (world class) bagi memperkembangkan potensi individu secara sepenuhnya dan seterusnya memenuhi aspirasi negara kita yang tercinta.

No comments:
Post a Comment